Saturday, October 27, 2012

K E R T A S. . .

keluarkan pen 
dan tulis jawapan diatas kertas.Peperiksaan akan bermula,anda diberi masa 2 jam 30 minit. . .

Semuanya di atas kertas,
takda ukuran lain.

bagus hapuskan peperiksaan,sayangi pokok- pokok di hutan.

Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha 1433H. . .

Salam Aidiladha buat geng seISLAM. . .

Gua tabik pada lembu. Banyak jasa beliau pada tuannya. Beliau berjasa keluarkan susu untuk tuan dia.Dah tu berjasa dermakan daging beliau pula.
Pengorbanan lembu adalah satu perjuangan. .!!

Lembu berkorban untuk dikorbankan.
Ada kita sanggup buat macam lembu.?
Kita masih LOOSER~

BOOOOOOOO (bunyi lembu) . . .


Thursday, October 25, 2012

Terowong Berlubang. . .

Ramai lelaki hari ni membicarakan kes liwat gara-gara  kolera.

Bila cotton buds berbau mangga wanggi,giler betapa dalamnya lu cucuk.!!

Eueeeeeewww gelimaTTTTT~

Wednesday, October 24, 2012

HARAPAN SI KAWAN KEPADA SI POLAN. .

Ramai kawan yang nakal dah jadi baik,mungkin kerana peperiksaan sudah dekat.Mereka banyak berubah dari percakapan dan masa. Harap perubahan ini selamanya. Dengar tu.

Tuesday, October 23, 2012

L U P A K A N. . .

Ada seorang perempuan manis tapi jahat dan nakal. Mulut kalau berperang dia yang menang kawan la kata.Ingatkan dorang tipu,bila ditunjuk bukti eya memang benar.Tak sangka perangai dia macam tu. Kata kawan-kawan bagus lupakan sahaja orang macam ni. Terus delete number phone dia. . .Ini kali laaaaa~

Friday, September 14, 2012

Catatan Pagi Jumaat. . .

Hari ni aku bangun awal gara-gara nak buat sebuah refleksi. Sebelum aku mulakan pagi,aku capai dulu satu racun dan aku hembus ke permukaan udara. Terbentuk satu peta yang luas dan besar.

Aku bangun dari tempat duduk dan aku tarik langsir.Kabus putih memenuhi pekan Keningau.Memang view bilik aku jelas nampak pekan.Hati aku mula berbisik "cantiknya pagi jumaat."

Aku on laptop,buka blog dan aku tekan papan kekunci lalu catatkan apa yang aku nampak pagi tadi.

Maka jadilah beberapa baris untuk
Catatan Pagi Jumaat. . .

Sekian tuan tuan dan puan puan. .

Wednesday, September 12, 2012

Belakang Itu Lebih Matang. . .

Dalam orang tidak sedar,hari ini aku bangun. . .
Dalam orang tidak ketahui,hari ini aku berdiri. . .
Dan dalam orang tidak tahu apa apa,aku
letakkan diri ini ke hadapan.

Ada seorang member aku cakap "gua akan support lu bro,teruskan je" kata membe aku yang seorang perokok tegar.Bila aku dengar ayat dia, memang satu semangat baru menembak kat jiwa aku .Tapi apakan daya aku bukanlah yang suka menonjol pada khalayak ramai.Biarkan aku bergerak perlahan lahan.

Memang lu akan support gua,tapi sampai bila.? lu seorang je ke yang support gua.?

Ahhh itu semua takdahal la kawan,bangun,jatuh,tergolek,terbabas,terduduk semua aku dah rasa.Setiap kali aku terjatuh,aku akan luahkan permintaan pada yang Maha Esa. Itulah penyokong aku yang pertama dan utama.

Aku cuba handle diri aku ke hadapan,tapi yang belakang tetap aku toleh dan aku pandang. Sebab yang belakang itulah yang mematangkan aku.

*Aku serius wey.! aku sedang membangunkan diri aku ke arah Malaysia maju.? Tidak,ke arah diri lebih maju. . .!



                                                          Seorang LELAKI yang sedang BANGKIT