Saturday, April 28, 2012

Melayu dibuai lena. . .


Kalau MELAYU berbaju kuning,tukarlah cepat sebelum terlambat,

Perhatikan anak di pagi sabtu,diajarnya bahasa MELAYU,

Berbaju kuning takkan bawa penyelesaian,duduk bantah takkan membawa kejayaan. . .

Mereka berdemontrasi mencacatkan Malaysia,menjadi malu pada Negara. . .

Amerika dan Jepun buat liputan,dihebohnya Malaysia tidak aman. . .

Ada saluran lain untuk penyelesaian,bukan demontrasi yang dijalankan. . .

Apa kau dapat melabuhkan punggung  di atas jalan.?

Berdekah ketawa si penumpang Malaysia. . .

Bangunlah MELAYU,jangan jadi LAYU. . .

Kau diperkudakan si Anuwar a/p Ambiga. . .

Thursday, April 26, 2012

Koyak hati,jahit semula,koyak lagi. . .

Pinjam 5 minit kau sikit dol,aku nak cerita tentang cinta.Kau nak dengar tak cerita aku.?alaaaa free tak payah bayar.Cerita aku tak bosan la tapi mungkin geli-geli sikit la.Nak dengar ke tidak dol.?kalau nak dengar duduklah sebelah aku kejap.Apa kau cakap,bosan.?eh belum dengar lagi dah kata bosan.Lepak la kejap dol.Ahhh macam tu la.hehe.TQ dol kau la kawan aku yang sanggup pasang telinga dengar cerita aku.

Macam ni dol,betul ke cinta tu bagi kekuatan pada kita untuk teruskan kehidupan.?alaaaa kau angguk kepala kenapa.Kau setuju.?Bangang la kau ni dol,kalau betul cinta tu bagi kekuatan dah lama aku bercinta hingga ke hari ni dol.Aku tengok membe-membe aku menonggeng tunjuk bontot kalau kecewa macam mana dol.?mandi pon tak basah,makan pon tak kenyang,seluar pon lupa nak zip,nampak sangat cinta takda kekuatan dol.Bagi aku cinta tu ibarat main gasing je dol,ikat gasing dengan tali erat-erat lepas tu dibaling ke tanah.Kau faham dol.?cilaka la kau ni dol,dari tadi asyik angguk kepala je.Cakap la sesuatu dol.Bagi respond.

Kau tau dol,sejak aku sekolah rendah sampailah menengah aku tak pernah bercinta dol.Sebab apa aku tak bercinta.?sebab dari sekolah rendah sampailah menengah sekolah aku semuanya lelaki dol.Macam mana aku nak kenal cinta.Takkan nak bercinta dengan jantan pulak dol.Haha kau gelakkan aku dol.? betul sungguh dol aku tak tipu.Aku memang takda basic langsung dengan i love u,u love me.Tak tau langsung.

Sampailah aku kat sini baru aku belajar cinta dol.Cinta yang bagi aku macam orang terkapai-kapai lemas dalam sungai mencari sesuatu untuk berpaut.Kau nampakkan dol,betapa celakanya cara aku bercinta.Seksa juga dol nak layan hati dan perasaan.Masa aku baru masuk maktab la aku kenal dengan sorang awek dol.Comel la juga,tapi tak lama.Ada la setahun aku bercinta dengan dia.Ntah macam mana la aku dengan dia boleh berpisah dol.Memang sedih la juga dol aku time tu,seminggu juga nak layan hati dan perasaan aku yang sedih-sedih cute ni dol.Tapi melalui pengalaman tu la aku semakin yakin dengan pompuan-pompuan dol.Betul cikgu aku cakap "Pengalaman mendewasakan kita".Kau paham dol.? Haha dari tadi kau angguk kepala dol.Memang ada suis kau yang putus ni.

Aku ditemukan cinta baru dol.Nak dipendekkan cerita kan dol,15 April baru-baru ni aku break lagi dol.Kali ni aku tak rasa macam yang aku rasa masa first-first  dulu dol.Sebab apa.?sebab aku dah pro kasi balance emosi aku.Sikit perasaan pon tak menggoyangkan hati aku.Sebab aku tau cinta yang aku jalinkan tu sembunyi-sembunyi.Mungkin takda restu dari kawan-kawan sebab tu putus.Ermmm ada la juga 6 atau 7 bulan kami berkenalan dol,tapi dalam handphone je la.Tapi sayang hubungan ni tak lama.Lagi pon dia terlalu baik dol,tak kena dengan manusia macam aku yang jahat.Baguslah dol semuanya dah berakhir.Putus pon cara baik.Tapi kalau terserempak memang malu juga la dol.Aku buat tak tau je macam takda apa-apa berlaku,padahal ada cerita aku dengan dia.Blog ni pon sebenarnya banyak pasal dia,tapi tak apa la,benda yang dah lepas jangan dikenang semula.Aku doakan dia bertemu dengan lelaki seperti dalam cerita 7 petala cinta,yang tak lepas dengan kopiah dan serban.Nak harapkan aku memang jauh la macam tu.Haha (ketawa manja cute-cute). . .

Kesimpulan dia dol,kalau taknak hati terluka jangan mengada-ngada nak bercinta.Tapi kalau nak sangat bercinta,lu pikirlah lahhhhh sendiri dol.HEHEHE

Wey dol ok la.Penat nak taip papan kekunci.Aku rasa lebih 5 minit kot.Sorry dol.Bukan apa,saja aku refresh balik cerita cinta aku yang takda kekuatan ni.Betul kan aku cakap cinta tak memberi kekuatan,tapi bagi kemaluan pada diri sendiri dan Pencipta. . .

p/s : adat ler gunakan blog untuk luahan.Nak muntah.?dipersilakan. . .




Tuesday, April 17, 2012

Selamat Hari Jadi Mama. . .

17 April
aku dingatkan calender bahawa hari ini
adalah hari jadi heroin aku,
yang selalu mengingatkan aku
bila mana susah dan senang,
beliaulah menaikkan semangatku. . .

Mama
panggilan kami 3 beradik dari kecil lagi,
melahirkan kami dengan sarat sekali,
9 bulan bayi kecil
dibawa ke hulu dan ke hilir
bersama kasih sayang
yang diberi,
tanpa rasa berat hati. . .

Kini adik sudah besar,
banyak cerita kau dan aku,
zaman kanak-kanak dulu,
dibedaknya pipi putih gebu,,
dikenakan butang pada baju,
dibuainya laju,
bila tidur,dilagukan selawat
dengan syahdu,
kini bila sudah besar
semuanya sudah berlalu. . .

Diajar dari kecil untuk menyujud
pada yang satu,
Diajar mengenal huruf Alif Ba Ta,
Diajar pula mengenali huruf A B C,
Diajar pula untuk mengira 1 2 dan 3,
engkaulah ibu engkaulah guru. . .

Belaian kasih dan sayangmu,
pesananmu yang beribu,
kasih yang membawa
sejuta seri dalam
hidupku. . .

Tiada mama sehebat kamu,
kau lah satu-satunya
tempat kami mengadu. . .

Selamat Hari Jadi Mama
I LEV YIU. . .

Mama : Pn Jamariah Bte Abdul Ghani
                                                         

Wednesday, April 11, 2012

Kenapa Harus Bergolak.?

Kita diajar untuk berfikir,bukan diajar untuk mengikut,
Apa yang aku lihat hari ini

MELAYU makan MELAYU. . .


Mana pergi hati MELAYU yang asal.?
Tanya mereka yang kulitnya melayu
tapi berjiwa Inggeris. . .

Tuesday, April 10, 2012

Ini Satu Perjalanan. . .

Ketika kaki aku meninggalkan masjid selepas solat isyak tadi,ada satu benda yang aku fikirkan dalam perjalanan pulang.Dah berapa tebal agaknya buku malaikat Atit mencatat dosa-dosaku,dan berapa tebal sudah malaikat Roqib mencatat kebaikkan aku.Hanya mereka yang tahu dan aku sangat malu segala perbuatan terkutuk aku kepada Allah.

Ini adalah satu perjalanan menuju destinasi baru,bila kita mati nanti kita akan bawa pahala dan dosa bersama. . .


Thursday, April 5, 2012

Kotak Hati

Selalu Juga Ada Krisis,
Mampukah Sayang Ini Berkekalan.?
Tanya Pada Hati,
Apa Sebab Goyang. . .