Friday, September 30, 2011

Jawatan . . .

Bukan yang itu aku mahukan,
Setinggi mana harapan yang kalian inginkan..

Bukan itu yang aku cari,
Cukuplah sampai disini..

Dari ruang yang terang,
Banyak sudah aku fikirkan..

Mencari penyelesaian,
Menyukarkan kehidupan..

Masa demi masa aku berfikir,
Ntah bila akan berakhir...

Sudah
Aku lepaskan,
Beri engkau kepuasan...

Aku bukan manusia yang sentiasa
mahukan kemenangan,

Tapi aku mahu lihat perjuangan...

Sahabat,

Bukan nama yang aku inginkan,
Tapi perjuangan ikhlas yang aku harapkan...

Cukuplah apa yang aku pegang,
Malaikat mencatit segala pergerakan...

Jujur memimpin bukanlah senang,
Terlalu pemurah aku tak senang...

Hari ini aku terfikir,
Bila tiba satu hari nanti...

Jawatan hari ini,
Sangatlah dicari...

Disitulah bermula pelbagai cerita
dan tomahan...

Yang baik dikata buruk,
Yang buruk dikata baik...

Bercanggah kehidupan,
Menjadi tepukan syaitan...

Hati manusia tak semuanya sama,
Lain dijanji,
Lain ditunai..

Semuanya
adalah kerana jawatan...

Friday, September 16, 2011

Maafkan Saya. . .

Cik
Saya memohon maaf,
Andai saya terkasar bahasa,tersilap ntah di mana,
Sepanjang hubungan kita. . .
Kita pernah sama2 lafazkan kata2 chenta,
Pernah kata sayang antara kita,
Dan kita pernah jatuh chenta. . .

Maafkan saya kerna saya tidak dapat bahagiakan awak,
Jika masa itu boleh berputar semula,saya mahu kembali
semula kepada cik. . .
Saya buat tulisan ini memang untuk awak,
Biar awak tahu betapa jujurnya cinta ini untuk awak. . .

Tapi tiba2 kawan awak hadir dalam hidup saya,
Selepas awak hilang,kini sya sudah ada pengganti. . .
Bukan pengganti kasih sayang,tapi pengganti
sebagai penghantar pesanan,
Bukan kami berchenta,
Dya sebagai penghilang kesunyian saya. . .

Jikalau hari ini bulan boleh berbicara,
Mahukan saja saya bisik kepadanya,
Tolong sampaikan pesanan saya kepada awak..
"Saya masih sayang pada awak. . ."

Biarlah tulisan ini menjadi pelepas rindu
antara kita,
Bacalah ia bila ada masa. . .
Ingatlah saya sampai bila bila,
Carilah saya kalau jumpa,
Ada masa kita bersemuka. . .

Tiada lagi cerita berumah ditepi pantai...
Tiada lagi cerita berumah ditengah sawah...
Semuanya berakhir dengan tiba-tiba...
Biarlah ia menjadi cerita chenta kita sampai bila bila. . .

Maafkan saya...

Wednesday, September 7, 2011

Mahukan Rumah Di Tepi Pantai

Adinda,
Tiada apa yang mahu dirisaukan disini,
Tiada apa yang mahu ditakutkan,
Tiada ombak yang boleh memisahkan kita..

Adinda,
Bila rumah kita terbina,
Jangan lupa buka jendela,
Biar angin masuk menyejukkan keluarga kita..

Adinda,
Kita buat satu taman,
Untuk si kecil berkejaran,
Bermain bersama anak jiran..

Adinda,
Rumah ini untuk keluarga kita,
Jagalah rumah kita bersama,
Biar ia kelihatan ceria..

Adinda,
Bila kita balik kerja,
Dapat kita rehat bersama,
Sambil mendengar desiran ombak 
Yang memecahkan kesunyian kita..

Adinda,
Harapan kanda bukanlah palsu
Tapi kenyataan..
Harap semua ini dapat dilaksanakan 
Dengan izin dari Nya..

Mahukan rumah di tepi pantai..



Hati Bunga Bunga

Tak tau kenapa 
semenjak dua menjak ni 
hati berbunga bunga..
Tengah jatuh chenta
yang sekian lama 
mahukan chenta..
Mahu teruskan hidup 
bahagia disamping 
kekasih yang ada..
Indah giler rasanya
bersama si dia..
i love u dear :)