Saturday, July 28, 2012

Terima Kasih Ya Allah. . .

Alhamdullilah,Syukur yang tidak terhingga.Bulan ramadhan tahun ni memberi satu cahaya pada aku dan keluarga.Cahaya dari Allah yang Maha Besar dan Maha Mengasihani.


MasyaAllah. . .


Terharu bilamana ayah telefon,dengan nada yang gembira mengatakan "adik!! ayah dengan mama dapat pergi haji tahun ni". .


Lantas dalam hati ini hanya katakan " Ya Allah sesungguhnya bulan ramadhan ini adalah bulan yang paling indah,cantik dan paling mulia,ya benar. . ."


ALHAMDULLILAH,Syukur. . .

Friday, July 27, 2012

Satu Perjalanan,Seribu Perubahan. . .


Di bawah awan yang biru warnanya,
Terlihat si tua berbongkok berbaju melayu,berkain pelikat,
Terpanah cahaya panas diatas kepala,
Dilindungi malaikat dipayungi darjat. . .

Satu perjalanan dibawah terik matahari,
Setapak dua akhirnya sampai ke destinasi,
Berpanas terik menuju masjid,
Rumah ibadah tempat disujud. . .

Menitik air mata berdoa kerana ikhlas,
Terkenangkan dosa semasa muda,
Hari ini dibawanya pahala,ditemani
Kitab mengenal Allah,
Dulu dibawanya dosa,ditemani
Bisikan syaitan dizalimi Allah. . .

Ditadah tangan lantas berbicara,
Selembut madah disusun kata,
Kepada Tuhan yang Maha Esa. . .

Bila tiba masanya pergi,
Kosong dunia,kosong hartanya,
Dibawa hanyalah kain putih,
Ditemani pergi pahala dan dosa. .

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan

Ok takda apa apa masalah.Cuma tadi ternampak semangkuk cendol kat FB membe.Alhamdullilah tak tergugat iman.Esok teruskan ramadhan kedua.


Kepada kawan-kawan semua,kasi tentang nafsu anda.lawan tetap lawan.! Yeahhh lawan don't give up.!


Thursday, July 19, 2012

Semoga Berjaya. . .

19 Julai 2012,
Hari ini hari mengundi,
Mari keluar membuang undi. . .

Undi apa.?
Undi Yang Dipertua Pelajar 
IPG Kampus Keningau
Tak lupa juga untuk Ahli Majlis Mesyuarat. . .

Jangan jadi macam orang politik,
Petah berbahasa kudrat tak berjasa. . .

Gudluck buat mereka yang bertanding. . .!

Tuesday, July 10, 2012

Setelah Lama

Setelah lama blog ni aku tinggalkan,gara-gara seribu masalah yang perlu ditanggung.Emosi yang masih belum stabil,badan yang masih belum sihat,fikiran masih lagi melayang.Pendek kata aku belum bersedia untuk meneruskan kehidupan. . .

Tunggu beberapa hari lagi untuk menentukan keputusan yang ditunggu-tunggu.

Doakan yang terbaik buat diri ini.