Monday, November 28, 2011

I Miss U

Hujan petang turun lagi.Lebat selebat lebat macam heli muntahkan peluru.
Tiba tiba teringat seorang gadis.Manis senyumannya macam gula gula.
Raut wajahnya persis mutiara.Terpancar cahaya silau jika dilemparkan senyuman.
Ok aku tengah rindu kau seketika.

*Aku ambik bantal lalu aku peluk.Best tidur dikala hujan turun.

Tiba tiba terimagine macam mana rupa dya kalau pakai shawl.? ihiks. . .
I Miss U. . .

Baru aku perasaan,rupa rupanya aku romantic.Tapi sayang perempuan je tak nampak.Hampeh..

Friday, November 25, 2011

Patah Sayap. . .

Terbang tinggi si merpati putih,
Bertemu pula dengan si rama rama,
Jangan engkau rasa bersedih,
Kerana kau baru kenal cinta. . .

Terbang Terbang Terbang~

Bebas bermain di ruang udara,
Mencari kebebasan di ruang kebiruan,
Maka ia terbang sebebas bebasnya,
Menjerit dari ruang atas Aku Benci Dan Bosan.!

Manusia memang proses yang berterusan,
Takkan berhenti menyelami perasaan. . .

Aku ingin terbang macam burung,
Biar patah sayap,
Jangan patah hati. . .



Wednesday, November 16, 2011

Qaisara

Qaisara
nama dipilih,

Manis senyumannya tergugat hati,
sekali pandang tak mahu berhenti,
mahu dipandang berkali kali.

Qaisara 
sopan santunnya terjaga,

Ada masa dihantar sebaris kata,
berbunyi "selamat malam papa",
buat tidur terlena hingga tak terjaga.

Qaisara
orangnya sangat berbudi
dan baik hati,

Penah beri choki choki,
masih terkenang saat manis tu lagi,
indahnya kalau diberi sekali lagi.

Qaisara
wajahnya bercahaya seperti bidadari,

Jangan nakal bila kita mula bercuti,
pandai pandailah jaga diri,
papa rindu ibu hari hari,
cukuplah sampai disini,
ada masa ku gubahnya lagi..

p/s : Qaisara orang yang sedang aku perhatikan,dan satu satunya gadis yang sudah menerima luahan isi hati si pujangga. . . <3


Perjalanan Masih Jauh

Bismillah. . .

Esok last paper untuk aku jawab dan dilaungkan merdeka sebanyak 7 kali,tanda aku sudah merdeka untuk sem ni.Lepas tu aku mahu semahu tenang di kampung lepaking bersama keluarga terchenta.Setiap orang inginkan kebahagian begitu juga aku.Sem ni aku habiskan dengan perasaan yang pelbagai.

Sebulan lebih aku bercuti macam macam benda boleh dibuat.tapi hanya satu dalam fikiran ni,masa cuti aku kali ini adalah untuk keluarga. . .

5 tahun setengah aku belayar di tempat orang,masuk ni dh hampir 2 tahun setengah aku disini.berapa kali la sangat untuk aku berjumpa bersama keluarga.tiada apa yang terindah melainkan keluarga.macam mana celaka pon hidup,keluarga adalah orang pertama yang aku cari.

Bangun dan jatuh perkara biasa bagi aku.sudah lama aku lalui benda yang sama.kalau tak jatuh maka tak hero la."Bangun Bangun Bangun.teruskan langkah.!" kata hati anak malaya ni.

Ye perjalanan ini masih jauh.jauh sekali.diangkat kaki jalan ke sana ke sini.penat macam mana pon ia takkan berhenti.kecuali aku tidur.dia pon turut tidur sekali.

Merdeka tanda aku bebas,
bebas membuat asgment yang
buat mata tidak pernah mengelip,
sebulan lebih aku tak ke kelas,
bimbang pulak bila ada asgment nanti
aku dah tak pandai menaip.

Aku pasti perjalanan aku untuk sem depan lagi taf dan fit macam mr universe.

Perjalanan untuk menuju puncak itu masih jauh dan hari ini aku tutup sem aku dengan rasa bersyukur. . .

Wednesday, November 2, 2011

Tuhan Kejutkan Aku

Turun air selebat lebat
mencurah dan menitis lalu
muntah dari langit
membasahi bumi yang kering kontang
bak air sungai berderas laju
tanpa henti..

Petang aku,
gelap tanpa sang matahari
langit muram tanpa awan
dan angin menjadi penghantar dingin
aku peluk tubuh ini tanda aku sejuk.

Aku masih dikamar,
cuba bangun memijak lantai
sungguh aku tak percaya
setiap tapak ini melangkah
terasa sejuknya.
aku menarik langsir dan
termenung di sudut jendela
lantas teringat sesuatu yang
belum aku tunaikan..

Waktu Zohor
yang sudah berlalu
tapi aku. . .?

Aku belum sembah dan sujud
kepadaNYA.

Masih ada masa
aku bergegas mengambil wudhuk
lantas membentang sejadah tuaku
dan melakukan tanggungjawabku.
Alhamdullilah aku masih setia bersama Tuhanku...