Thursday, October 27, 2011

Nadi

Apa kau puas
menunjuk diri.
Mengasah pedang
menampil diri.
Setajam pisau
kau pasti risau.
Itu bukan jalan kau...

Berpatah balik
mencari arah.
Lorong hitam
dulu kau cari.
Apa guna hidup
berkumpulan
dan kini
kau bersendirian...

Datang si harimau.
Datang si naga.
Mencari engkau
hilang kemana.
Tersalah kata
terbuka segala
kini kau
pedih ibarat luka...

Diacu kiri kanan.
Tiada penjaga.
Kau jalan menyendiri
tanpa sebarang senjata.
Tak terpejam
Tak terlena
Dicari kau serata
Kerna kau sudah sumpah setia...

Masuk dalam
baru kau tahu
apa erti jalan mereka...

Wednesday, October 26, 2011

Masa

Itu emas 
kau simpan dengan rapi
jangan dibiar
pergi kerna
dia masa 
yang tidak akan mati..

Tik tik tik
berlalu pantas
mencemburui 
memberi definisi
harian
tentang erti 
kehidupan...

Jarum kau itu
berlalu dan
berjalan
tidak menunggu
seminit
walau sesaat...

Pantas kau lakukan
tidak rugi
pantas kau berlari
pantas sekali
dia tidak tunggu
kerna dia masa 
yang adil...

Jiwa Longgar

Bangkit
dari lelap,
mata ini baru
menyinar sudah
Dipenuhi dusta
dan dosa.
Ditemani
pagi yang
hilang.
Mana jiwa
untuk dirasa,
kau ludah
terkena
muka.

Jiwa itu
makin longgar,
bila ada
yang membisik
kanan dan
kiri.
Tapak
tangan ditadah
memohon ampun
dari-Nya..

Jiwa itu masih longgar

Thursday, October 20, 2011

Doa Buatmu

Diam sebentar
hati ini
terasa bagai 
terhiris bila
kau pergi meninggalkan
aku lagi

Sepanjang aku kenal diri kau
tersirat dan tersurat 
di ingatan ini.
kau terlalu dekat
dengan agamaku

terlalu dekat
terlalu dekat
dan terlalu dekat

Doa buatku 
agar dibukakan 
pintu hati
untuk kau menjadi
saudaraku.
pernah kau katakan 
padaku
yang kau merasai
saat bertudung.
ingin aku
lihat suatu
hari nanti
kau bertelekung,
kau bersujud
dan menadah tangan
seperti
mana aku menadah
memohon setiap hari.

Doa buatmu 
walaupun kita sudah berpisah
kau sentiasa ada di hati aku
dan kau adalah
milik Tuhan ku.
akan tiba Nur 
menerangi sekian alam.

Aku dapat merasai 
sesuatu yang sangat
kuat antara kau
dan aku.

Doa buatmu...


Tuesday, October 18, 2011

Imbas Kembali

Ada satu cerita aku mahu bercerita.kisah dimana aku berada di bangku sekolah.aku bukanlah budak yang memegang buku lalu dibaca sehingga khatam.tapi aku memegang dan buku membaca rupa dan bentuk wajahku.Aku tutup mata tanda aku sudah beradu.aku sangat malas sejak dibangku sekolah.

Tulisan aku kali ni sangat la bengong bahasanya.tak berniat nak memperbodohkan bahasa aku.ini bahasa cincai biar ia menjadi diari aku.kau tak paham tapi aku paham.sebab ini kisah aku.

Abis SPM aku cuba berjalan mencari kerja.ada satu kerja dimana aku diletakkan sebagai pembuat invois sebuah kilang kecil yang aku rasa tak kan maju sampai kiamat.aku cuba kerja disitu cuma seminggu aku bertahan.diri ini seperti dipijak bangsa lain yang sudah lama aku caci.pantang aku berjiwa melayu yang disuruh itu dan ini sambil ditunjukkan muka hodoh kau yang bengis.

Aku tak boleh bekerja disitu lalu aku angkat kaki dan pulang ke rumah.ini semua kerana si barua mata sepet.sampai sekarang aku masih menyumpah ini negara nenek moyang aku yang juangkan bukan nenek moyang kau yang mempertahankan.kau hanya penumpang wahai si bacul.tidak mahu aku terkenangkan ini peristiwa lagi.kadang-kadang ia memakan diri.

Dapat keputusan aku dirai.dicium mama dan ayah aku tersipu malu.mahu tergelak tergolek aku dibuatnya.pelik dan heran aku,ini keputusan main-main la wey,bukan hebat pon.tapi apa boleh buat semuanya kredit.aku gembira dapat rm50 disuruh buat beli semacam rupa.aku ambik dan aku simpan.ayah cakap mohon la segala apa yang ada di internet.jangan dilepaskan segala borang tawaran.isi la selagi boleh isi.aku turuti arahannya.

Macam macam posmen hantar surat ke rumah.semuanya aku simpan buat koleksi di dalam bilik.terasa diri seperti semua tempat mahukan aku.kembang rasanya bila diri ini menjadi sasaran tempat belajar.hey thanks eyh susah2 ajak aku belajar tempat korang.tiba tiba ada satu masa datang satu mesej ke handphone aku.disuruh hadir untuk interview dalam bidang lukisan.aku sangat la suka sebab itu pesanan dari uitm.silap ari bulan tempat nie boleh jadi makanan aku.

Ayah sanggup hantar aku untuk ke sana.aku disuruh datang interview di sebuah tempat yang ditetapkan.bermacam macam budak seni yang aku jumpa.semuanya hebat melukis dan melakar.aku pon hebat juga la wey.malas nak tunjuk bakat gua haha.bila dipanggil masuk aku jadi kaku.terkejut bila disuruh lukis benda yang semak atas meja.ada kerusi,kain langsir,penyapu dan berbagai.macam orang bodoh aku dibuatnya.bodoh tak bodoh,aku lukis juga.

Bila keputusan ipta keluar,aku sangatlah bimbang dan takut.esok malam keputusan keluar.aku sempat buat solat hajat mohon kepadaNYA.dengan selamber aku keluar malam tu ke cybercafe dengan kwn aku.aku masuk no ic aku nampak jelas tulisan berwarna merah sebut TAHNIAH.!!..wolaweyhhh aku dapat meneruskan pengajian ke uitm.tapi tempat tak diberitahu.kos seni lukis dan seni reka bicara tawaran tu.

Aku balik rumah dengan senyuman yang lebar macam kambing gurun.aku bagitahu mama dia sangatlah bersyukur dan gembira hik3.selang beberapa hari tempat diberitahu.dammm nape aku diletakkan ke kelantan.jauh la badigol tempat ni.kenapa bukan shah alam ke atau negeri-negeri yang dekat.lantaklah asalkan aku ada tempat belajar.aku kemas segala barang dan aku pegi dengan megahnya ke sana.

Satu kereta hantar aku ke uitm kelantan macam aku nk gi tunaikan haji tyme tu.banyak barang yang aku bawak apatah lagi kenangan di Muar bersama kawan2 terchenta.masuk je pintu gerbang uitm aku dh rasa lain macam,mesti tempat ni best dan banyak pengaruh genre2 aku.memang besar tempat dya.bukit bukau gunung ganang permukaan tanah dya yang diciptakan Tuhan.

Aku pantaskan cerita.hari ke 6 aku kat sini macam2 budak aku kenal.semuanya macam aku.kena dengan hobi aku.minat muzik,melukis dan sebagainya.dressup budak seni sangatlah cincai tapi rare.itu yang aku mahukan.tengah aku syok duduk sini,tiba-tiba ayah call.katanya aku ditawarkan ke maktab perguruan.aku anggap tu gurauan je.tapi bunyi macam serius.aku tanya betul ke tidak nie.?katanya betul.tapi jauh tempat tu.mana.?kata aku.balas ayah dekat sabah.dammm so kelantan macam mana.?urmmmm (murung)

Jauh kata aku.sayang nk tinggalkan tempat nie.dh jumpa ramai kawan takkan nk angkat kaki bungkus barang then blah.ayah pujuk dan merayu.sampai aku rasa bersalah sangat2.ok demi ayah dan mama aku tapau barang2 aku semua lalu aku gerak ke sabah.aku sedih giler tinggalkan uitm kelantan.belum puas aku merasa negeri orang dah disuruh ke negeri lain.

Aku fly ke sabah.wolawei lagi seronok rupanya naik flight daripada kereta haha.tapi dalam kepala aku apa tempat ntah keningau nie.jangan2 orang2 sana duduk atas pokok kot.cis jauh giler pemikiran falsafahku ini.bila dh pijak keningau,owh so far so good la this place.aku cuba berlagak cket macam orang putih datang melancong.orang jauh datang.bawak bagasi sebesar besarnya.

Bila dah lama kat sini aku belajar erti berdikari.aku cuba biasakan diri ni makan masakan sini.paling best bila aku dengar dorang speaking sabah boleh bha kalau kau.taik la kau sana haha dan segala macam la bahasa dorang sini.paling seronok bila awek sini putih gebu.wolawei ini kisah benar la.cantik giler.!

Bermulalah kehidupan aku disini sebagai seorang pelatih guru.5 tahun setengah aku berada disini mencari ilmu segala yang ada.aku lah cikgu,aku lah ayah,aku lah mama dan pelbagai semuanya bermula dengan cikgu.ini kerjaya sangatlah cantik ibarat kontraktor yang membina banggunan begitu juga aku ibarat guru membina manusia.tanpa guru siapalah kita.

Tapi aku terpaksa melepaskan cita-cita.aku mahu ada sebuah syarikat animasi atas nama aku sendiri.itu yang aku sudah rancang sekian lama.tapi perlu aku ingat rezeki ada dimana mana sahaja.aku terima dengan seadanya.ini kerja Allah.rezeki semua turun daripadanya.


Ini kisah aku yang sudah lama aku mahu kongsikan.
tulisan dari diriku Aku Merpati Putih~

Embun

Aku masih terkapai
disini
diserang embun malam
tiada peneman
menjadi bualan

Aku peluk tubuh
rapat rapat
bagai tali kapal
terikat
erat

Malam aku
antara embun
jadi pasangan
sejoli
biar melayan
hati yang
sunyi
tanpa bunyi...







Saturday, October 15, 2011

Terima Kasih Lamaran Itu

Aku tersedu,aku terdiam..
aku jadi bisu aku jadi pendiam.
aku lelaki,
kau gadis,
kau melamar
seorang lelaki
melayu yang
baru kau kenali
bulan lepas...

Aku bimbang cinta kita sesat,
aku cuba putuskan ditengah
jalan yang masih rata dan hitam,
Kau lihat bulan malam
bergantungan seperti
di dahan,
cuba kau sentuh dan kau rasa
pasti kau gagal...

Begitu juga dengan hubungan kita,
kau lihat sangatlah senang,
tapi ia perlukan satu perjuangan...

Hanya ini  mampu ku utuskan
Terima kasih lamaran itu...

Petang Sabtu Aku Bermain Kata

Ini hari sabtu,
esok ahad
kenapa ada isnin bila sabtu dan ahad
menyenangkan akal fikiran ini.?
Kau tanya ahli falsafah mesti
dorang pon terpinga-pinga..

Angin diluar tolong
sampaikan soalan aku ini,
aku tak temui jawapan,
sapa yang boleh jawabkan..

Pokok kenapa kau bergoyang bila angin bertiup,
itu soalan hamba kecil pon boleh menjawabnya,
sudah tentu kekuasaan Yang Maha Esa
katanya..

Hari ni aku tenang,
Esok mesti kacau bilau,
kerna aku tahu
yang senang mesti datang sekejap
dan yang susah pasti datang esok hari...

Aku boring bila isnin muncul,
Aku malas bila ada isnin,
Aku ngantuk bila jumpa isnin...

Petang sabtu,
panjangkanlah masamu ini
agar aku boleh tenang
dan santai...

Panjangkanlahhhhh masa sabtu ku ini.
Aku mahu berehat
aku mahu tenang

aku mahu
aku mahu
aku mahu semua itu..

terima kasih
Sabtuday...

Wednesday, October 5, 2011

Untukmu Kekasih Gadis Maligan

Hari ni awak sangat cantik,
Berbaju hitam muka berseri,
Damm.!
Awak buat saya cair
ibarat lilin tengah panas
sekali...!
Jantungku terhenti sebab
penangan awek tu tadi..!

Bila la kita dapat jalan bersama,
Makan aiskrim bersama,
Berbual bersama,
Main mata sama-sama..

Ahhh.!!

Esok aku cuba curi pandang lagi,
Harap kau cantik seperti hari ini..
Tak sabar esok nak pegi kelas,
Tengok wajahmu yang
sangat berhias...

Tak tau kenapa tiba-tiba semangat
pulak nak pergi kelas
esok hari..

Hilang Kawan Jadi Tanda Tanya...

AL-FATIHAH...

Kau pergi jauh tinggalkan kami,
Kau kawan ibarat api,
Yang dekat pasti merasai,
Kerna kau kawan yang
paling berani...

Habis sekolah rendah terus
sepi,
Tak sorang pon kawan dapat
cari,
Memang susah kau dijejaki,
Bila hari ini aku dapat tahu
yang kau telah pergi...

Aku sedih tak
tertelan nasi...

Hanya surah Al-Fatihah dapat ku beri,
Buat iringan dirimu pergi,
Aku sedih tak dapat bertemu,
Apatah lagi menatap wajahmu...

InsyaAllah aku pergi kubur
mencari nama di batu,
Tapi tak tahu bila kita ketemu,
Aku berdoa agar kau aman sentosa di
sana kawanku...

AL-FATIHAH...

Bila Mendung Jadi Perasaan

Mendung..
Hujan renyai2 membasahi bumi
hari ini,
Aku teringat kepada mama,ayah
dan keluarga..
Aku tarik langsir segala
biar gelap gelita,
Biar aku bermain dengan jiwa
menjadi satu cerita...

Jiwa ku kosong ntah hilang ke mana,
Macam awan sudah tahu
mahu temankan aku,
Terbayang bayang kata2 mama
jangan lupa telefon kalau rindu,
Tapi aku malas memberitahu...

Mama maafkan saya
bukan tak mahu,
Tapi takut saya membisu,
Mama dengar suara ini
mesti mama rindu,
Tak mahu buat mama sedih
teringatkan aku...

Tapi bagaimana...

Aku mahu padamkan perasaan aku ini,
Aku tulis seolah aku sedang
melukis,
Wajahmu mama sentiasa ada
dalam fikiran
anakmu
yang egoist,
Pesanan mu sentiasa
aku tanam dalam dalam...

Aku terharu...

Ada mama yang sangat cekal,
Pesanan tak penah tinggal,
Buat aku sentiasa ingat
padamu...

Mama
Temankan aku bila
aku sunyi,
Tak mahu lagi aku
berjiwa kosong,
Mahukan mama
jadi peneman aku...

Bila mendung jadi perasaan,
Aku teringat wajahmu,
suaramu,
masakkan mu,
dan segala yang aku rindu...

Semuanya atas nama MAMA...

Saturday, October 1, 2011

Pagi Dan Cinta...

Pagi..
Tercelik,
 tercerah, 
pandanganku ini,
masih diberi nafas
untuk mencari...

Cinta..
kepada yang Maha Esa,
yang menghidupkan 
alam flora dan fauna,
sejuk mata ini memandang
tenang akal ini berfikir,
oksigen pemberi nafas,
hanya kerana kedamaian 
hijau...

Andai desiran ombak 
tiada lagi kedengaran,
Andai ayam kampung
tiada lagi berkokok,
Andai sekawan burung
tiada lagi meluaskan sayap,
Andai angin
tiada lagi menyejukkan udara,
Pernahkah kau terfikir
semua ini pupus.?

Hoi manusia.!
bukalah mata kau seluas
luas lautan...
dimana kau berdiri
hari ini
bukan
untuk
selama-lamanya...

Bumi ini sudah tua,
bila 
Bumi ini sudah sunyi
Tiada lagi suara-suara
memanggil..
segala yang indah
hilang di mata..
tertutup pandangan...

Akhirnya,
Tiada lagi pagi
Tiada lagi kenikmatan cinta...

Bukalah mata kita,
rasai lah semua kehijauan 
sebelum habis
dan terlambat..
Kau akan rugi
jika tidak merasainya 
hari ini...

Tidak punya erti lagi...