Monday, August 22, 2011

Menanti 27 Ogos

Selamat tinggal Sabah,
Selamat datang johor..

27 Ogos menjadi tarikh bahagia,
Disamping keluarga  terchenta..

Aku menjadi burung yang terbang,
Mencari rumah untuk pulang..

Duduk semeja bersama keluarga,
Terhidang lauk pauk terlepas segala..

Terima kasih mama,
Terima kasih ayah..

Aku pulang untuk bersama,
Bersedia untuk kita beraya..

Aku menulis khas untukmu keluarga,
Mengucapkan selamat hari raya..

Harap kita dapat bersama,
Di bulan yang mulia..

I LUV MY FAMILY..!




Friday, August 19, 2011

Kau Pencuri Tapak.!!

Aku selipar hijau
yang buruk,jijik dan hina.!!

Aku selipar hijau
yang murah,hodoh dan selekeh.!!

Carutlah aku,
Makilah aku
Kutuklah aku..

Tapi aku bukan untuk dicuri,
Kau manusia yang paling basi,
Mahu hidup senang,
Tapi kau takkan menang..

CELAKA.!!

Bulan yang baik,
Bulan yang cantik,
Bulan yang indah dari seribu bulan..

Kau pencuri mencacatkan bulan puasa,
Terbentuk hitam di hati penunjuk dosa,
Kau memang celaka..
Jangan kau ingat kau berkuasa,
Jangan kau mahu bermaharajalela,
Satu hari kau akan rasa,
Panas api neraka..

Kau memang celaka.!!!

Selipar aku yang kena tapau di masjid balik dari terawih..



























Saturday, August 13, 2011

Bosan Punya Cerita

Dari pagi sampai malam aku takda life langsung,
Tak taw nak buat apa.Memang mati kutu seharian.
Nak makan,bulan puasa.
Nak buat assigment takda idea.
Lama lama duduk dalam bilik macam orang gila.
Serius hidup hari ni memang tak tentu hala.
Malam pulak memang sunyi.
Penat aku pejam mata.
Tapi tak terlena.
Golek sana golek sini.
Pusing sana pusing sini.
Tak taw nak buat apa..
Harap esok tak macam ni.
Penat nak melayan diri.
Padahal dah besar boleh jaga diri.
Esok nak bagi motivasi.
Tengok cermin cakap sendiri..
Gudluck EPI.. :(


Muka takda life




Dua Rakaat

Jangan malas melakukannya,
Tak lama sekejap ja,
Tolak ketepi nafsu beradu,
Lakukan dulu solat fardu..

Jangan malas untuk bangun,
Kuatkan hati melawan nafsu..

Laungan merdu suara bilal,
Dari jauh jelas kedengaran..

Bangkitlah
Bangkitlah
Bangkitlah..

Itu tiang engkau,
Jangan dirobohkan..

Jagalah solat kita bersama,
Sebagai umat yang beragama..

Selamat Menunaikan Solat Subuh..!



Malam

Sejuk berpasangan malam,
Seperti peti yang tinggi suhunya...

Mengajak kawan mencari bulan,
Sambil memandang langit yang suram..

Gelap diluar disangka tenang,
Tiupan angin berkawan datang..

Cuba mencari gelak ketawa,
Sangap menguap terkeluar cerita..

Mencipta puitis dipetik gitar,
Mencari idea bersama si pujangga..

Hembusan asap dari mulut ke mulut,
Memberi seribu idea dalam fikiran..

Jerit si kawan mencipta lagu,
Tenang diriku melayan syahdu..

Hari ini bumi masih steady,
Esok lusa tiada siapa yang tahu..

Ku tulis kata-kata ini,
Mengingatkan aku pada bumi malam..

Malam dan sunyi tidak dapat ku pisahkan..
Menjadi penenang hati yang muram..

Selamat Malam..



Friday, August 12, 2011

Jangan Kecewa

Jangan kecewa,
Ramai orang sudah laluinya,
Memang palat nak melupakannya,
Tiada kata yang bisa mencantikannya,
Lafaz pemergian tanda pengakhiran cerita..

Jangan kecewa,
Aku menulis bukan untuk suka-suka,
Tapi menemanimu menghilangkan derita,
Biarkan hari ini menghilangkan tanda tanya,
Lepas dari belenggu segala babak cerita..

Jangan kecewa,
Ambil la masa untuk melupakannya,
Anggaplah ini satu dugaan dari-Nya,
Memang tiada lagi perasaan gembira,
Barangkali ini akan mematangkan diri dinda..

Jangan kecewa,
Sudah dipesan beribu kali,
Jika tidak mahu hati terluka,
Jangan cuba cuba bermain dengan chenta,
Bersabarlah dinda..

Ku tulis khas buat dirimu si adinda..



Berbuka Bersama Mak Jemah

Masuk hari ni dah 12 ramadhan.Tahniah kepada diriku kerana masih lagi bertahan walaupun kadang kala terimagine makanan macam budak-budak.Ucapan Alhamdullilah juga kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi kehidupan untuk aku berpuasa.Jam sekarang dah pukul 6..Tepat jam 6.30 dah berbuka.Biasa la duduk oversea,berbuka awal.Padahal Sabah jek.

Mak Jemah aku dh menunggu menu dia.Alahai kesiannya.Setiap hari berbuka dengan kau.Jom sayang kita berbuka sama-sama.!!
Layan gambar2 Mak Jemah seketika sebelum masuknya waktu berbuka..


"Bila nak berbuka ni woi" bisik mak jemah..

Menguap

"Owner aku tak puasa.kuang asam" kata mak jemah..


Cuba Bercerita Chenta

CHENTA..
Aku tidak cemburu pada mereka,
Sekalung tahniah ku ucapkan pada mereka,
Kerana kalian sangat hebat sudah berpunya..

Bangun pagi mereka dapat pesanan MOWNINK,
Tapi pesanan aku dikejutkan si alarm bimbit setiap pagi,
Bukan mahu membezakan diri,
Tapi ini memang realiti..

Aku masih mencari dan mencari,
Mungkin terlalu tinggi taste bak kata bahasa penjajah,
Biarlah korang jalan dulu,
Semoga Bahagia ke anak cucu..

Aku pasti yang datang pastinya cantik,
Biar aku menunggu sedetik demi sedetik,
Aku yakin pasti datang si gadis manis,
Mengenyit mata menjadi tanda romantis..

Memang payah dan jenuh mahu menunggu,
Lain dipandang lain yang dijeling,
Biar lama kita tunggu,
Asalkan yang datang jangan juling..

Jangan bimbang dan gusar,
Kerna Tuhan sudah berjanji,
Akan ada bidadari menunggu di syurga..

Tak apa,aku cool dan relax seketika,
Esok masih ada,
Buka mata dan minda,
Tenang melayan hati yang lara..

Terima Qaseh Hati..
Lu Sangat Cool..










Awek Bernama Canon..

Dia begitu cun,
Dia begitu sexy,
Dia begitu anggun..

Dah lama aku ushar2 kau,
Dari dulu sampai sekarang,
Akhirnya kau milik aku..

Aku nak bawak kau pegi jalan2,
Tapi janji dengan aku,kau mesti sentiasa bertenaga,
Aku nak guna kau sebagai perakam peristiwa,
Mengajar kau mensyukuri ciptaan Yang Maha Esa..

Terima qaseh kerana kau sanggup bersangkut di tangan aku,
Jangan rosakkan peglihatan ku,
Tangkaplah sebanyak mana,
Tapi bukan betis dan paha si amoi chantek..

Thanks CANON,
Aku sentiasa bawa kau lepaking bersama aku..
Aku akan sentiasa bersihkan matamu,agar tiada jangkitan bakteria..

I LUV U SI GADIS CANON..!!




Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambutnya.
Bulan ramadhan tidak sama dengan bulan-bulan yang lain,sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia..Sepanjang bulan ramadhan ini,marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan kita.

Setting niat,
Upgrade iman,
Download sabar,
Upload usaha,
Delete dosa,
Update doa,
dan topup ilmu
Supaya dapatlah redeem pahala banyak-banyak..!!

Selamat Berpuasa.!!