Friday, September 14, 2012

Catatan Pagi Jumaat. . .

Hari ni aku bangun awal gara-gara nak buat sebuah refleksi. Sebelum aku mulakan pagi,aku capai dulu satu racun dan aku hembus ke permukaan udara. Terbentuk satu peta yang luas dan besar.

Aku bangun dari tempat duduk dan aku tarik langsir.Kabus putih memenuhi pekan Keningau.Memang view bilik aku jelas nampak pekan.Hati aku mula berbisik "cantiknya pagi jumaat."

Aku on laptop,buka blog dan aku tekan papan kekunci lalu catatkan apa yang aku nampak pagi tadi.

Maka jadilah beberapa baris untuk
Catatan Pagi Jumaat. . .

Sekian tuan tuan dan puan puan. .

Wednesday, September 12, 2012

Belakang Itu Lebih Matang. . .

Dalam orang tidak sedar,hari ini aku bangun. . .
Dalam orang tidak ketahui,hari ini aku berdiri. . .
Dan dalam orang tidak tahu apa apa,aku
letakkan diri ini ke hadapan.

Ada seorang member aku cakap "gua akan support lu bro,teruskan je" kata membe aku yang seorang perokok tegar.Bila aku dengar ayat dia, memang satu semangat baru menembak kat jiwa aku .Tapi apakan daya aku bukanlah yang suka menonjol pada khalayak ramai.Biarkan aku bergerak perlahan lahan.

Memang lu akan support gua,tapi sampai bila.? lu seorang je ke yang support gua.?

Ahhh itu semua takdahal la kawan,bangun,jatuh,tergolek,terbabas,terduduk semua aku dah rasa.Setiap kali aku terjatuh,aku akan luahkan permintaan pada yang Maha Esa. Itulah penyokong aku yang pertama dan utama.

Aku cuba handle diri aku ke hadapan,tapi yang belakang tetap aku toleh dan aku pandang. Sebab yang belakang itulah yang mematangkan aku.

*Aku serius wey.! aku sedang membangunkan diri aku ke arah Malaysia maju.? Tidak,ke arah diri lebih maju. . .!



                                                          Seorang LELAKI yang sedang BANGKIT

Sunday, September 2, 2012

B A N G K I T

Bangkit.! Kehidupan harus diteruskan.! Perjuangan belum selesai.! Oi Oi BANGKIT. . .!


Saturday, July 28, 2012

Terima Kasih Ya Allah. . .

Alhamdullilah,Syukur yang tidak terhingga.Bulan ramadhan tahun ni memberi satu cahaya pada aku dan keluarga.Cahaya dari Allah yang Maha Besar dan Maha Mengasihani.


MasyaAllah. . .


Terharu bilamana ayah telefon,dengan nada yang gembira mengatakan "adik!! ayah dengan mama dapat pergi haji tahun ni". .


Lantas dalam hati ini hanya katakan " Ya Allah sesungguhnya bulan ramadhan ini adalah bulan yang paling indah,cantik dan paling mulia,ya benar. . ."


ALHAMDULLILAH,Syukur. . .

Friday, July 27, 2012

Satu Perjalanan,Seribu Perubahan. . .


Di bawah awan yang biru warnanya,
Terlihat si tua berbongkok berbaju melayu,berkain pelikat,
Terpanah cahaya panas diatas kepala,
Dilindungi malaikat dipayungi darjat. . .

Satu perjalanan dibawah terik matahari,
Setapak dua akhirnya sampai ke destinasi,
Berpanas terik menuju masjid,
Rumah ibadah tempat disujud. . .

Menitik air mata berdoa kerana ikhlas,
Terkenangkan dosa semasa muda,
Hari ini dibawanya pahala,ditemani
Kitab mengenal Allah,
Dulu dibawanya dosa,ditemani
Bisikan syaitan dizalimi Allah. . .

Ditadah tangan lantas berbicara,
Selembut madah disusun kata,
Kepada Tuhan yang Maha Esa. . .

Bila tiba masanya pergi,
Kosong dunia,kosong hartanya,
Dibawa hanyalah kain putih,
Ditemani pergi pahala dan dosa. .

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan

Ok takda apa apa masalah.Cuma tadi ternampak semangkuk cendol kat FB membe.Alhamdullilah tak tergugat iman.Esok teruskan ramadhan kedua.


Kepada kawan-kawan semua,kasi tentang nafsu anda.lawan tetap lawan.! Yeahhh lawan don't give up.!


Thursday, July 19, 2012

Semoga Berjaya. . .

19 Julai 2012,
Hari ini hari mengundi,
Mari keluar membuang undi. . .

Undi apa.?
Undi Yang Dipertua Pelajar 
IPG Kampus Keningau
Tak lupa juga untuk Ahli Majlis Mesyuarat. . .

Jangan jadi macam orang politik,
Petah berbahasa kudrat tak berjasa. . .

Gudluck buat mereka yang bertanding. . .!