Sunday, February 12, 2012

Limau Dua Rasa

Semua Orang Akan Merasai
Tidak Kira Siapa Kamu. . .

Hantarkan Doa ini. . .

Ku tadahkan tangan memohon kepadaMu Ya Allah,
Agar langkahkan kakiku ini ke rumahmu sentiasa,
Jauhkan diriku dari mengenal cinta dunia yang tidak kekal,
Dan rapatkan aku untuk bercinta dengan Mu Ya Allah.

Aku terlalu banyak dosa di sudut pandangan Mu. . .

Ampunilah dosa dosaku Ya Allah.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. . .

*bila sya dah tak ada nnt,jaganlah kamu dan kamu membaca tulisan2 saya lagi.ia melalaikan kamu. . .

Monday, February 6, 2012

Senyum Bahagia


Senyuman itu pasti ada bila kita gembira,
Senyuman itu kadang kala pengubat duka...
Setiap yang gembira kita rakamkan,
Setiap kali yang sedih kita sandarkan
pada kenangan.
Perjalanan senyum ada di mana sahaja,
Gunakan keluarga sebagai medium utama,
Senyum hingga ke telinga,
Bersama keluarga terchenta...













Melayang Layang

Bila rindu terbuai,
Kau dan aku turunkan suara,
Bila rindu terlerai,
Kau dan aku lebarkan senyuman
hingga menutup mata. . .

Suaramu merdu dan manja,
Saat aku memerlukan dirimu,
Kau korbankan sedikit masa. . .

Dari Pagi ke malam,
Kita berkenalan tidak putus putus,
Biar pon mengenali di dalam panggilan,
Sayang ini tidak akan pupus. . . 

Jauh minda ini melayang,
Menggambarkan wajahmu
yang cantik dan sopan. . .

Thursday, December 22, 2011

Cinta Dalam Hujan

Di sudut persegi terdampar dua hati,
diturunkan hujan tidak henti henti,
mencari satu dua dan tiga kesalahan,
rupanya si lelaki yang panas hati. . .

Merajuk dan menangis si perempuan,
dibawah titisan lebat bermandikan hujan,
berlari hati tidak dikejarnya semula,
kerana berkecai sudah persegi hati. . .

Si lelaki menghantar satu pesanan,
meminta maaf jikalau terguris hati,
memang payah untuk dijahit semula hati,
lagi payah jika tiada maaf sehingga mati. . .

Jika jarak hati itu masih dekat,
alangkah indah jikalau masih dapat memikat,

Lelaki itu terlalu ego,
perempuan itu terlalu emosi,
tidak ditegur maka berkecailah hati dan cinta. . .
menitis air mata bak hujan mencurah di dalam
memori cinta. . .

Lalu titisan air mata menjadi penutup cerita cinta si polan. . .