Saturday, October 1, 2011

Pagi Dan Cinta...

Pagi..
Tercelik,
 tercerah, 
pandanganku ini,
masih diberi nafas
untuk mencari...

Cinta..
kepada yang Maha Esa,
yang menghidupkan 
alam flora dan fauna,
sejuk mata ini memandang
tenang akal ini berfikir,
oksigen pemberi nafas,
hanya kerana kedamaian 
hijau...

Andai desiran ombak 
tiada lagi kedengaran,
Andai ayam kampung
tiada lagi berkokok,
Andai sekawan burung
tiada lagi meluaskan sayap,
Andai angin
tiada lagi menyejukkan udara,
Pernahkah kau terfikir
semua ini pupus.?

Hoi manusia.!
bukalah mata kau seluas
luas lautan...
dimana kau berdiri
hari ini
bukan
untuk
selama-lamanya...

Bumi ini sudah tua,
bila 
Bumi ini sudah sunyi
Tiada lagi suara-suara
memanggil..
segala yang indah
hilang di mata..
tertutup pandangan...

Akhirnya,
Tiada lagi pagi
Tiada lagi kenikmatan cinta...

Bukalah mata kita,
rasai lah semua kehijauan 
sebelum habis
dan terlambat..
Kau akan rugi
jika tidak merasainya 
hari ini...

Tidak punya erti lagi...


2 comments: