Mendung..
Hujan renyai2 membasahi bumi
hari ini,
Aku teringat kepada mama,ayah
dan keluarga..
Aku tarik langsir segala
biar gelap gelita,
Biar aku bermain dengan jiwa
menjadi satu cerita...
Jiwa ku kosong ntah hilang ke mana,
Macam awan sudah tahu
mahu temankan aku,
Terbayang bayang kata2 mama
jangan lupa telefon kalau rindu,
Tapi aku malas memberitahu...
Mama maafkan saya
bukan tak mahu,
Tapi takut saya membisu,
Mama dengar suara ini
mesti mama rindu,
Tak mahu buat mama sedih
teringatkan aku...
Tapi bagaimana...
Aku mahu padamkan perasaan aku ini,
Aku tulis seolah aku sedang
melukis,
Wajahmu mama sentiasa ada
dalam fikiran
anakmu
yang egoist,
Pesanan mu sentiasa
aku tanam dalam dalam...
Aku terharu...
Ada mama yang sangat cekal,
Pesanan tak penah tinggal,
Buat aku sentiasa ingat
padamu...
Mama
Temankan aku bila
aku sunyi,
Tak mahu lagi aku
berjiwa kosong,
Mahukan mama
jadi peneman aku...
Bila mendung jadi perasaan,
Aku teringat wajahmu,
suaramu,
masakkan mu,
dan segala yang aku rindu...
Semuanya atas nama MAMA...
No comments:
Post a Comment