Monday, December 5, 2011

Kata dan Kota

Apa yang ada hari ini tidak sama dengan 
hari esok,
dan apa yang aku rasa hari ini tidak sama dengan 
hari esok,
seterusnya berselang seli antara sama dan tidak sama
kerana manusia melalui perjalanan dan perubahan...

Biarkan aku mencari apa yang ingin dicari,
biar melangkah setapak,dua tapak asalkan terus berjalan...

Sibuk dijanji itu dan ini,
dilaungkan pelbagai janji janji manis,
menang nanti mahu diberi itu dan ini,
tunggu dan lihat biar rakyat menunggu
mendengar kata-kata yang tak pernah habis...

Kata kata beliau membawa perubahan,
bukan pada satu dua orang,
tapi beribu dan berjuta...
ntah manusia,kadang kadang benar,
kadang kadang lupa apa yang dikata...

Kukuh barisan kukuh,
bersafkan kejujuran dan ketaatan
mencari konklusi segala masalah 
yang dilambung lambung pengkhianat bangsa...

Pimpinkanlah barisan barisan itu,
diangkat ikrar dan sumpah baiah
menjadi manusia yang jujur dan 
mentaati apa yang dijanjikan...

InsyaAllah barisan tetap barisan,
melayu mudah lupa pernah dikatakan,
bangkitlah wahai insan 
dulu,kini dan selamanya. . .

Berpeganglah pada yang satu,
bukalah selalu,
bacalah selalu,
takkan melayu mudah lupa,
jika ada kalimah kalimah 
Allah disisi sentiasa. . .





No comments:

Post a Comment