Di sudut persegi terdampar dua hati,
diturunkan hujan tidak henti henti,
mencari satu dua dan tiga kesalahan,
rupanya si lelaki yang panas hati. . .
Merajuk dan menangis si perempuan,
dibawah titisan lebat bermandikan hujan,
berlari hati tidak dikejarnya semula,
kerana berkecai sudah persegi hati. . .
Si lelaki menghantar satu pesanan,
meminta maaf jikalau terguris hati,
memang payah untuk dijahit semula hati,
lagi payah jika tiada maaf sehingga mati. . .
Jika jarak hati itu masih dekat,
alangkah indah jikalau masih dapat memikat,
Lelaki itu terlalu ego,
perempuan itu terlalu emosi,
tidak ditegur maka berkecailah hati dan cinta. . .
menitis air mata bak hujan mencurah di dalam
memori cinta. . .
Lalu titisan air mata menjadi penutup cerita cinta si polan. . .
No comments:
Post a Comment