Tiada apa yang mahu dirisaukan disini,
Tiada apa yang mahu ditakutkan,
Tiada ombak yang boleh memisahkan kita..
Adinda,
Bila rumah kita terbina,
Jangan lupa buka jendela,
Biar angin masuk menyejukkan keluarga kita..
Adinda,
Kita buat satu taman,
Untuk si kecil berkejaran,
Bermain bersama anak jiran..
Adinda,
Rumah ini untuk keluarga kita,
Jagalah rumah kita bersama,
Biar ia kelihatan ceria..
Adinda,
Bila kita balik kerja,
Dapat kita rehat bersama,
Sambil mendengar desiran ombak
Yang memecahkan kesunyian kita..
Adinda,
Harapan kanda bukanlah palsu
Tapi kenyataan..
Harap semua ini dapat dilaksanakan
Dengan izin dari Nya..
Mahukan rumah di tepi pantai..
No comments:
Post a Comment